KVO724: AUTOMATIC SAUCE DISPENSER USING TIMER

MUHAMMAD ADAM HARIZ BIN KHAIRUL AZHAR KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1316 | 5 Likes | 38 Views | 85 times | LS: 90.7
Like it? | Support them now!

Projek ini diinspirasikan dari mesin sos yang berada di restoran makanan segera. Mesin sos ini banyak digunakan kerana cara penggunaanya yang mudah dan dapat menjimatkan masa dan tenaga. Mesin sos yang ada di pasaran sekarang perlu ditekan bagi mengeluarkan sos selama 2 saat. Jadi produk Automatic Sauce Dispenser ini direka bentuk bagi membantu pelanggan mengeluarkan sos secara automatik. Produk ini dapat membantu mengurangkan pembaziran sos. Ia juga dapat membendung daripada penyakit yang disebabkan sentuhan fizikal. Projek ini menggunakan Modul Sensor Arduino IR 5V yang dikendalikan oleh Arduino Uno. Sebuah Channel Relay digunakan sebagai suis untuk mengawal arus dari bekalan kuasa ke papan projek. Projek ini menggunakan Converter Power Supply. Lampu LED disediakan menggunakan warna merah dan hijau untuk menunjukkan proses operasi. Berdasarkan pada hasil analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, Automatic Sauce Dispenser ini telah mencapai objektif yang diharapkan.