MUHAMMAD KHAIRUL IMAN BIN MOHD KHAIRI KOLEJ VOKASIONAL MUAR
Kajian ini dijalankan bagi menghasilkan produk inovasi iaitu donut King Croissnut berasaskan biji durian. Durian merupakan salah satu buah-buahan tropika bermusim yang ditanam secara meluas di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah durian telah diberi gelaran sebagai ‘King of Fruits’ iaitu Raja Buah-buahan kerana mempunyai aroma dan rasa yang unik.Biji durian adalah sisa pertanian yang sering dibuang begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sepenuhnya.Selain dijadikan benih untuk sektor pertanian,biji durian juga boleh dijadikan sumber makanan.Menurut kajian Purwidiani.N (2023), Biji durian dapat dijadikan bahan setengah jadi iaitu berupa tepung kerana memiliki kandungan amilosa. Pengolahan dari biji durian yang banyak dianggap sebagai sampah dapat dijadikan peluang usaha baru di dunia industri makanan. Di dalam biji durian terdapat kandungan serat yang sangat tinggi. Tingginya serat tersebut berfungsi efektif mengatasi masalah pencernaan. Selain itu, kandungan vitamin B1 pada biji durian juga dipercaya mampu meningkatkan nafsu makan, sehingga akan menguatkan pencernaan di dalam tubuh.Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan roti berasaskan biji durian, mengenalpasti kandungan nutrisi dan tahap penerimaan responden terhadap produk tersebut. Metodologi kajian ini bermula dengan pembangunan resepi standard iaitu dengan mengenal pasti bahan, peralatan dan langkah penyediaan bagi menghasilkan produk roti yang berasaskan biji durian. Penghantaran sampel ke Makmal Pengujian Makanan untuk kandungan nutrisi produk. Kaedah Pengumpulan data menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik sebagai instrumen. kajian. Soal selidik dijalankan secara digital iaitu dengan menggunakan Google Form. Seramai 60 warga Kolej Vokasional Muar adalah responden bagi mendapatkan data berkaitan produk roti dari biji durian. Analisa data diperolehi dari data responden dari Google Form. Data tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk Carta Pai dan Carta Bar dan dihuraikan. Dapata