ALDRICH ETHAN PARVIN SK TIMBUA RANAU
ECOERASE merupakan inovasi pemadam mesra alam yang dihasilkan sebagai alternatif kepada pemadam konvensional berasaskan bahan sintetik seperti PVC yang sukar terurai dan mencemarkan alam sekitar. Produk ini diperbuat daripada bahan semula jadi seperti tepung gandum, tepung ubi kayu dan soda bikarbonat, menjadikannya selamat digunakan dan mudah terurai. Kajian dijalankan melalui pemerhatian dan ujian penggunaan bagi menilai keberkesanan ECOERASE dalam memadam tulisan pensil. Hasil dapatan menunjukkan bahawa ECOERASE mampu berfungsi dengan baik serta diterima oleh pengguna. Kesimpulannya, inovasi ini berpotensi untuk dikomersialkan dan menyokong amalan penggunaan produk lestari dalam kehidupan seharian.
Kata Kunci:
ECOERASE, pemadam mesra alam, bahan semula jadi, biodegradasi, inovasi lestari, alat tulis hijau, pengurangan pencemaran