Fatmaruhani Binti Ibrahim Universiti Malaya
Inovasi Kit SPUTULA bertindak sebagai bahan pembelajaran untuk murid-murid pemulihan khususnya di sekolah-sekolah luar bandar bagi meningkatkan kemahiran mereka untuk membaca dan bertutur. Kit SPUTULA bersifat konvensional, iaitu memanfaatkan kad imbas pengajaran menggunakan kaedah sebut-ikut dan latih tubi hasil pembelajaran yang menggunakan kaedah susun kata serta susun ayat, juga menggunakan kad imbas. Kit SPUTULA berfokus untuk membina kit belajar berbentuk didik hibur serta memberi fokus kepada ‘visual learning’ dan ‘dual-coding’. Kit SPUTULA telah berdaftar dengan MyIPO dan diperakui oleh Tadika Taming Genius sebagai antara kit pembelajaran yang berkualiti tinggi. Kit SPUTULA juga telah memenangi tempat pertama dalam dua pertandingan inovasi.