YI193: RESTORAN MALACIAN

ISMA HAYATI BINTI MOHD HELMI SMK Putrajaya Presint 16(1)

Apabila permainan dimulakan, pemain perlu menekan butang ‘Mula’. Setiap peringkat pemain diberikan masa 45 saat untuk menyiapkan pesanan pelanggan dan setiap peringkat juga akan dinaik taraf dengan tambahan satu makanan. Peringkat pertama akan dimulakan dengan kuih donut, peringkat kedua adalah air teh lemon, peringkat ketiga adalah tanghulu, seterusnya peringkat keempat, muruku dan peringkat terakhir iaitu peringkat kelima ialah karipap. Pemain perlu menyiapkan makanan yang dipesan oleh pelanggan dan memberikan makanan tersebut kepada pelanggan, manakala jika pemain salah mebuat makanan yang dipesan, pemain boleh membuang makanan tersebut di dalam tong sampah yang ada di bahagian kaunter.