NUR ZARRA MARISSA BINTI MOHD HATTA SMK Putrajaya Presint 16(1)
Antara isu yang dihadapi oleh pesakit alzheimer ialah kesusahan untuk menjalankan kehidupan seharian seperti biasa. AFFOGATO dihasilkan sebagai tujuan untuk membantu penjaga yang menjaga pesakit dengan memberi peringatan untuk melakukan perkara sepatutnya seperti makan ubat, tidur pada masa yang ditetapkan dan sebagainya. Melalui aplikasi yang dibangunkan ini, pesakit diberi perhatian khusus dan kesihatan mula bertambah baik. Aplikasi AFFOGATO ini diharapkan dapat membantu ramai penghidap penyakit alzheimer dalam meningkatkan tahap kesihatan mereka.