YS761: PENGGUNAAN BIJI DURIAN (DURIO ZIBETHINUS) SEBAGAI BAHAN DALAM PEMBUATAN KEREPEK TEMPE (DURIO SEED TEMPEH CHIPS)

NURUL AIMI KHAIRINA BT SUHAIRI KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0769 | 1 Likes | 13 Views | 20 times | LS: 21.1
Like it? | Support them now!

*ABSTRACT*

Durian merupakan sejenis buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio dan berasal dariBrunei,Filipina,Sumatra dan Malaysia telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun lepas.Buah ini bersaiz besar,beraroma kuat dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan penuh duri, daripada duri-duri kulit buah itulah durian mendapat namanya dan terkenal diAsia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Biji durian biasanya dibuang tanpa dimanfaatkan selepas isinya dimakan. Biji durian mempunyai pelbagai nutrisi dan Antioksidan. Dengan khasiat yang terdapat dalam biji durian ini, satu produk inovasi dihasilkan iaitu kerepek tempe biji durian (Durio Seed Tempe Chips). Tujuan penghasilan  

Inovasi ini adalah untuk menghasilkan sejenis kudap-kudapan dari bijidurian yang boleh dimakan oleh semua lapisan masyarakat dan dan peringkat umur. Produk inovasi ini dihasilkan menggunakan kaedah fermentasi yang terhasil daripada ragi yang mempunyai kulat dan bakteria yang tidak bahaya malah selamat untuk dipasarkan. Cadangan masa hadapan, produk ini dapat dihasilkan dengan menggunakan buah-buahan tempatan yang lain.