KVO254: CAR FLOOD ALARM

DANIEL HASSAN BIN ABDUL HAFIZAL KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | Likes | 102 Views | 136 times | LS: 136.0
Like it? | Support them now!

Banjir merupakan bencana alam yang melanda Malaysia setiap tahun. Akibatnya, terdapat banyak bahagian komponen kenderaan yang rosak akibat dimasuki air dan terdedah dengan air banjir dengan waktu yang lama. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan pemilik kenderaan tidak sempat untuk menyelamatkan kenderaan. Antaranya ialah pemilik kenderaan sedang tidur sewaktu banjir berlaku, menetap di rumah yang tinggi atau kelalaian sendiri. Oleh itu, Car Flood Alarm diinovasikan untuk memberikan amaran banjir yang berlaku pada kenderaan bagi membolehkan pengguna menyelamatkan kenderaan dengan lebih awal. Projek ini diletakkan pada bahagian Deck belakang kenderaan manakala Water Level Sensor dipasang pada titik terendah kenderaan iaitu chasis kenderaan atau mounting transmission. Amaran banjir yang dihantar adalah melalui mesej pesanan ringkas dan panggilan telefon. Panggilan telefon akan menjadi penggera untuk menyedarkan pengguna tentang situasi banjir yang melanda berdekatan tempat letak kereta.