JI221: UNO-MATH

NUR SYAHIRA DAMIA BINTI MOHD SUZAILI SJK (C) MANONG

I3DC24 | Junior Innovator (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 27 Views | 148 times | LS: 148.0
Like it? | Support them now!

Sesetengah murid menghadapi masalah semasa mengenali pecahan dan perpuluhan. Mereka juga tidak mahir mewakilkan pecahan dalam perpuluhan atau sebaliknya. Sehubungan dengan itu, kumpulan “Math Power” telah mencipta satu inovasi yang bertajuk “Uno-Math”. Inovasi ini boleh diaplikasikan secara dalam talian dan luar talian. Pengguna boleh mengakses 21 jenis permainan dalam talian yang telah disediakan hanya dengan menyalin pautan atau mengimbas kod QR pada manual pengguna. Manakala permainan luar talian yang disediakan adalah berbentuk permainan kad yang diinovasikan daripada permainan Uno. Beberapa jenis kad khas ditambahkan untuk meningkatkan keseronokkan permainan. Hasil uji lari menunjukkan inovasi ini mencapai objektif yang ditetapkan. Murid-murid dapat memahami konsep pecahan dan perpuluhan dengan mudah.