KVO1009: SAMBAL BILIS COOKIES

MARIAM JAMILAH BINTI KAMARUDDIN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0408 | 2 Likes | 49 Views | 135 times | LS: 137.1
Like it? | Support them now!

Sambal Bilis merupakan salah satu makanan yang terkenal di Malaysia.Sambal Bilis sering dijadikan iringan kepad Nasi Lemak, inti kepada Ban dan selalu menjadi hidangan sampingan kepada hidangan lain. Kini terdapat pelbagai jenis Sambal Bilis segera telah berada di pasaran. Golongan remaja dan dewasa di Malaysia gemar akan makanan yang pedas menjadi sasaran kepada peniaga-peniaga . Selain daripada keenakan sambal itu sendiri, kebaikan nutrisi yang terdapat pada ikan bilis menjadikan Sambal Bilis menjadi pilihan ramai. Ikan bilis memiliki kandungan lemak poli – tidak tepu yang tinggi berfungsi menurunkan kolestrol secara tidak langsung mencegah daripada mendapat sakit jantung. Pengambilan ikan bilis dalam diet seharian juga dapat mengurangkan masalah jerawat kerana kandungan Omega-3 yang terdapat dalam ikan bilis amat baik untuk kesihatan kulit. Ikan bilis juga mengandungi kandungan protein yang tinggi dapat membantu dalam diet seharian. Tujuan projek ini dilakukan adalah untuk memvariasikan produk biskut yang kebiasaanya manis kepada biskut berperisa savori atau pedas serta berkhasia kepada pelanggan. Kumpulan X-PLORER juga ingin memberi peluang kepada masyarakat yang tidak menggemari biskut manis merasai inovasi Sambal Bilis Cookies. Kami yakin Sambal Bilis Cookies ini mampu berdaya saing dengan pasaran luar kerana keunikkan rasa serta khasiat yang terkandung pada produk ini.