YIN800: MER-C

MUHAMMAD HAFEEZ BIN HISHAM SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN

MER-C (MERIT COUNTER)

PENGENALAN PROJEK
Produk ini membantu murid mengenal pasti skor merit UPU.  Murid dapat mengetahui tahap dan potensi kemasukan ke universiti mengikut pengiraan sebenar dalam sistem permohonan UPU. Sistem yang dibina ini juga dapat membantu murid mengenal pasti tahap dan potensi mereka untuk melanjutkan pengajian ke universiti.
Idea pembinaan Sistem MER-C ini tercipta apabila data menunjukkan kebanyakan murid kurang menguasai cara dan bagaimana pemilihan bidang. Justeru pasukan inovasi SMKTLS membina satu sistem bagi membantu menyelesaikan isu ini.

KAEDAH DAN BAHAN
 Produk ini dihasilkan dengan sistem 'coding'. Sistem 'coding' ini dibina sendiri oleh peserta dengan kerjasama guru.

TARGET PRODUK
Produk ini dapat dimanfaatkan oleh semua murid serta GBKSM seluruh Malaysia berkaitan kefahaman cara mengira merit dan pemilihan bidang pengajian di universiti. Sistem ini juga dapat diguna pakai untuk memotivasikan murid untuk menempatkan diri di universiti.Produk ini belum pernah digunakan di mana-mana sekolah lain di Malaysia dan ia mudah untuk memberi kefahaman kepada murid. Produk ini juga mesra pengguna.

KELEBIHAN PRODUK
1.  Murid dapat mengetahui skor merit UPU untuk setiap kali peperiksaan.
2.  Murid tahu kekuatan dan kelemahan subjek tertentu setiap kali peperiksaan
3.  Murid mampu menetapkan target untuk menaikkan markah merit UPU.
4.  Murid tahu merit dan kedudukan mereka mengikut tahap merit sama ada di kelompok merah (peluang tipis untuk ke universiti), kuning (peluang untuk ke universiti masih ada tetapi perlu usaha lagi)atau hijau(potensi tinggi memasuki universiti).

KESIMPULAN
Produk ini tidak menggunakan kos yang tinggi kerana menggunakan sistem ‘coding’. semoga sistem ini mampu memberi implikasi yang positif dan bermanfaat khususnya murid tingkatan 5 yang akan melanjutkan pengajian ke universiti.