Abdul Razak Bin Sulaiman Kolej Vokasional Slim River
Kaedah mencungkil ialah kaedah yang sering digunakan di bengkel motosikal untuk menanggalkan tayar daripada rim motosikal. Masalah yang dihadapi dengan kaedah ini ialah ianya sukar dan risiko calar pada rim. Maka, projek Alat Pembuka Tayar Motorsikal Manual ini dibangunkan untuk membantu mekanik motosikal membuka tayar dengan pantas dan tidak meminimumkan risiko calar pada rim. Projek ini telah diuji oleh mekanik motosikal. Hasil ujian yang dilakukan menunjukkan alat ini dapat menanggalkan tayar dengan lebih mudah, pantas dan tidak mendedahkan rim kepada risiko calar. Implikasinya, alat ini dapat digunakan oleh mekanik motosikal menanggalkan tayar dengan lebih mudah, pantas dan tidak mencalarkan rim.