NUR FADILAH BINTI MOHD FADLI KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH
Beg 2 In 1 adalah satu produk inovasi yang berfungsi sebagai beg dan fail. Objektif produk ini ialah untuk memudahkan pelajar membawa bahan pelajaran mereka. Keunikan produk ini ialah ia dapat berfungsi sebagai beg dan fail pada masa yang sama. Ia juga diperbuat dari bahan kos rendah seperti beg dari kain pvc dan plastik fail yang mampu menahan beban bahan pelajaran. Justeru itu pelajar hanya perlu membawa beg sahaja dengan bahan pelajaran yang tersusun di dalamnya. Produk ini berpotensi dan ada nilai komersial memandangkan pelajar sekarang lebih berminat kepada perkara-perkara yang memudahkan urusan mereka.