Nur Hamiza Haeruddin SMK SANDAKAN
Aplikasi SAINSTAC yang bermaksud Sains Tingkatan 1,2,3 Adventure City, adalah sebuah aplikasi mobil pertama dibina yang menggunakan gamifikasi dalam pembelajaran bagi semua topik-topik sains menengah rendah. Ramai murid menghadapi masalah apabila menjawab lembaran kerja dan ramai yang tidak berminat untuk menyiapkan tugasan-tugasan kuiz sains yang diberi dalam buku latihan atau kertas. Murid juga selalu berasa bosan dan banyak yang lemah dalam subjek sains berbanding subjek lain. Maka, dengan adanya aplikasi gamifikasi tentang kuiz sains ini yang menggunakan penceritaan pengembaraan sambil belajar topik-topik sains menengah rendah, murid dapat belajar sambil berseronok dalam subjek sains. Tambahan lagi, aplikasi ini boleh dimuat turun dalam telefon pintar murid dan boleh diakses pada bila-bila masa sahaja, oleh itu, pembelajaran boleh berlaku di luar kelas dan memberi pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid. Aplikasi ini memuatkan ciri-ciri gamifikasi nyawa, dan markah yang murid dapat daripada pengembaraan permainan aplikasi ini. Aplikasi ini juga memuatkan soalan-soalan mencabar daripada tingkatan 1,2, dan 3 secara interaktif dan aneka pilihan. Impak aplikasi ini adalah murid dan guru dapat bersama-sama menghadapi pembudayaan digital dalam pembelajaran dan menyediakan sesi pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid.