PRO32: MEDEG

SITI AISYAH BINTI MOHD IDRIS SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.1392 | 11 Likes | 79 Views | 146 times | LS: 158.5
Like it? | Support them now!

Dalam menyampaikan kaedah pengajaran, setiap pengajaran yang disampaikan telah dirancang dengan baik termasuk kaedah, teknik, strategi, langkah dan sebagainya untuk menjamin pengajaran dan pembelajaran berkesan dan tercapai objektifnya yang tersurat dan tersirat. Jadi kaedah pengajaran MEDEG board ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mengingat fakta sirah melalui visual dengan betul. Guru telah mendapati murid seringkali terlupa mengenai fakta sirah yang diajar di dalam kelas selepas selesai sesi pengajaran dijalankan. Oleh itu, kaedah MEDEG board yang merangkumi pembelajaran murid secara visual telah dihasilkan. Tajuk Pembentukan Negara Madinah merupakan satu tajuk dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Islam murid tahun 6. Dalam topik ini murid menghadapi masalah untuk mengingat fakta sirah dan tidak dapat menceritakan semula apa yang telah dipelajari. Apabila menggunakan MEDEG board ini murid dapat belajar dengan lebih menarik dan mengingati fakta sirah berdasarkan visual yang telah ditunjukkan di dalam papan tersebut.. Di samping itu murid akan mempelajari setiap topik dengan lebih seronok kerana terdapat pembelajaran secara permainan dan menggunakan QR code berdasarkan topik tertentu. Kaedah pengajaran ini dilakukan melalui aktiviti pembelajaran di dalam kelas Pendidikan Islam dengan menggunakan MEDEG board secara individu atau berkumpulan. Oleh yang demikian, Inovasi ini dapat mengeluarkan satu kaedah pengajaran berdasarkan visual dalam mempelajari subjek sirah .Adalah diharapkan inovasi ini dapat memberi pengetahuan baharu kepada setiap orang khasnya kepada para guru dengan menjadikan visual-visual tertentu dalam kaedah untuk mengingat fakta sirah sekaligus terus menggali minat murid dalam bidang sirah kerana ianya adalah sumber penting dalam mendalami sejarah kehidupan perjuangan Rasulullah S.A.W dalam menyampaikan dakwah Islam.