KVO421: Katalis IQ

Christina Anak Lamai Kolej Matrikulasi Labuan

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0588 | 3 Likes | 51 Views | 96 times | LS: 99.2
Like it? | Support them now!

Kajian ini memperihalkan produk permainan yang membantu pelajar untuk memahami dan menghayati sejarah Malaysia iaitu Katalis IQ .Ujian rintis telah dijalankan oleh sekumpulan pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang terdiri daripada 23 orang pelajar SIstem Dua Semester sesi 2023/2024. Permainan ini bertujuan untuk membantu para pelajar khususnya pelajar KML untuk memahami dan menghayati sejarah Malaysia yang dipelajari dalam mata pelajaran PAM. Setelah kumpulan kami menjalan kan ujian rintis terhadap sekumpulan pelajar. Ujian tersebut menunjukkan semua peningkatan dimana pada awalnya 22% daripada kumpulan pelajar tersebut mendapat betul untuk semua soalan. Namun setelh bermain Katalis IQ seramai 44% pelajar yang dapat menjawab dengan tepat untuk semua soalan. Tambahan pula, peningkatan yang ketara dimana daripada segelintir pelajar tidak dapat menjawab soalan betul lebih daripada separuh. Setelah kami memperkenalkan Katalis IQ, semua pelajar yang menjalani ujian rintis ini dapat menjawab dan betul lebih daripada separuh jumlah soalan. Terbuktilah Katalis IQ ini merupakan produk permainan yang efisyen untuk meningkatkan ilmu pelajar mengenai sejarah Malaysia.