KVO640: IoT Smart Locker System

NURUL SYAFEQAH BINTI MD FAQLI KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 24 Views | 59 times | LS: 59.0
Like it? | Support them now!

IoT Smart Locker System merupakan sebuah sistem inovasi terkini yang menggabungkan teknologi Internet of Things (IOT) untuk meningkatkan keselamatan dan kemudahan dalam penyimpanan barang. Melalui penggunaan sensor pintar dan sambungan internet, pengguna dapat mengawal akses ke peti simpanan dari jarak jauh melalui aplikasi mudah alih. Sistem ini menggunakan pemantauan real-time atas status peti, termasuk notifikasi jika pintu peti dibuka atau ditutup, serta memantau keberadaan peti menggunakan GPS Tracker untuk memastikan keadaan peti simpanan dalam keadaan selamat. Cara mengakses dengan menggunakan fingerprint atau keypad, notifikasi akan dipaparkan pada telefon pintar walaupun dengan jarak yang jauh. Dengan kemampuan penyesuaian akses berdasarkan waktu atau pengguna, peti simpanan pintar ini menawarkan solusi penyimpanan yang selamat, mudah dan fleksibel untuk pelbagai aplikasi dari penyimpanan dokumen penting hingga barang yang berharga.