MUHAMMAD RAFIQ BIN JEFRI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Penggunaan ampaian secara manual menyebabkan pakaian basah dan lembap sekiranya hujan dan penghuni tiada di rumah. SCR direkabentuk untuk membantu proses pengeringan baju yang sempurna dengan menggerakkan pakaian ke tempat yang teduh. SCR menggunakan pengawal mikro ESP8266, aplikasi Blynk yang disambungkan kepada telefon pintar. Apabila sensor hujan mengesan kehadiran air, stepper motor akan menggerakkan ampaian secara automatik. Selain daripada itu, SCR juga boleh dikendalikan secara manual menerusi aplikasi blynk bagi menggerakkan ampaian jika penghuni berada di rumah. Projek ini dapat menjimatkan masa dan tenaga pengguna sekiranya hari hujan.