Ts. ZURINA BINTI ZAINUDIN Kolej Vokasional Ipoh
Projek "Prototaip Sistem Parkir Automatik" bertujuan untuk menangani masalah kesesakan dan kesukaran mencari ruang parkir di pusat membeli-belah. Sistem ini menggunakan teknologi sensor dan pengesanan untuk mengesan ruang parkir yang kosong.Pembangunan prototaip melibatkan pemasangan sensor pada tempat parkir untuk mengesan status tempat tersebut. Maklumat mengenai kekosongan parkir kemudian dipaparkan pada skrin LCD di kawasan parkir. Ini membantu pengguna untuk dengan cepat menentukan ruang parkir yang tersedia tanpa perlu menghabiskan masa mencari. Projek ini tidak hanya memberikan keselesaan kepada pengguna, tetapi juga membuka potensi untuk mengubah cara kita memandang sistem parkir. Inovasi ini adalah satu langkah ke arah bandar yang lebih efisien dan berkesan.