KVN1082: AIR COOL DESK

ELLYAS MU'IZZ BIN MOHD ZAINI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

Projek inovasi Air Cool Desk ialah meja kerja dengan sistem penyamanan udara terbina dalam bagi meningkatkan keselesaan pengguna di persekitaran panas. Projek ini tercetus daripada masalah guru bengkel dan pekerja gudang yang terdedah kepada suhu tinggi, sekali gus menjejaskan fokus dan produktiviti. Objektif projek adalah mereka bentuk, membangunkan prototaip, serta menilai keberkesanan penggunaan meja ini. Pembangunan menggunakan Model ADDIE melibatkan proses analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Hasil projek menunjukkan Air Cool Desk mampu meningkatkan keselesaan pengguna dan berpotensi digunakan secara meluas dalam persekitaran kerja yang panas bagi menyokong produktiviti.