YS807: ZONPONG

ANG XIAN YAO SMK RAJA JUMAAT

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 16 times | LS: 16.0
Like it? | Support them now!

Inovasi kumpulan kami ialah zonpong . Ia merupakan satu permainan baharu yang kami cipta hasil dari gabungan permain pinpong dan golf.  Kami terdetik utk buat permainan baharu kerana permainan ini mudah diakses oleh semua peringkat umur. Ia tidak memerlukan ruang besar atau peralatan mahal. Alat ini dapat meningkatkan daya tumpuan dan koordinasi,sesuai untuk pelajar. Alat ini sesuai dimain oleh kanak-kanak untuk membantu perkembangan motor halus, keseimbangan, dan koordinasi mata-tangan dengan cara yang menyeronokkan.selain itu,remaja dan pelajar sekolah juga sesuai untuk bermain alat ini sebagai aktiviti riadah yang sihat dan boleh membantu mengurangkan tekanan belajar sambil meningkatkan daya tumpuan. Alat ini boleh dimainkan secara kompetitif mahupun santai. Ini sesuai untuk pertandingan kecil atau sekadar berseronok bersama rakan atau keluarga. Kos untuk menghasilkan inovasi ini ialah rm46.00. Alat yang digunakan kertas amplas, papan kayu,kotak khas yang mempunyai empat bahagian,lem kayu,karet spons raket,gergaji tangan. Cara buatnya ialah buat pola raket, gunakan pensil dan penggaris untuk menggambar bentuk raket di atas papan kayu lapis. Ukuran standar kepala raket sekitar 15 cm x 25 cm. Seterusnya, potong kayu sesuai pola, gunakan gergaji tangan untuk memotong pola raket dari papan kayu, haluskan permukaan dan pasang karet spons, potong karet spons sesuai ukuran kepala raket serta tempelkan karet pada kedua sisi raket menggunakan lem kuat. Pastikan rata dan tidak ada gelembung. Penentuan zon permakahan, bahagikan kota kepada empat zon yang berbeza. Menulis markah 10,20,30 dan 40 dalam bahagian kotak itu. Menghiaskan bahagian luar kotak dengan menarik. Cara bermain (arahan) ialah menggunakan raket pingpong untuk memukul bola ke arah sebuah kotak yang telah dibahagikan kepada empat zon pemarkahan. Setiap zon mewakili markah 10, 20, 30 dan 40 mata. Pemain diberi lima peluang untuk memukul bola ke dalam kotak tersebut. Seorang pengira markah akan merekodkan jumlah mata yang diperoleh.  Pemain yang mengumpulkan markah tertinggi selepas lima pusingan akan dinobatkan sebagai pemenang. Kelebihan inovasi ini ialah alat ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberikan pelbagai manfaat dari segi fizikal dan mental. Ia dapat meningkatkan fokus, koordinasi tangan dan mata, serta kemahiran membuat keputusan dalam keadaan tekanan. Selain itu, sukan ini menggalakkan semangat persaingan yang sihat, serta dapat dimainkan oleh individu dari semua peringkat umur. Kami juga mengambil inisiatif untuk menjadikan permainan ini lebih mesra alam dengan menggunakan bahan kitar semula dalam alatnya.