KVO407: BLIND STICK AUTOMATIC

MUHAMMAD ALIFF AIMAN BIN RUSHDAN Kolej Vokasional Melaka Tengah

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0753 | 7 Likes | 93 Views | 167 times | LS: 174.5
Like it? | Support them now!

Kehidupan orang buta sangat sukar dan mencabar. Mereka tidak dapat melihat objek di hadapan mereka dan kadang-kadang mereka terlanggar objek yang boleh mendatangkan kecederaan. Orang cacat punya penglihatan menghadapi kesulitan kerana kekurangan maklumat tentang suasana persekitaran. Orang buta mempunyai cabaran pergerakan fizikal kerana tidak tahu apa halangan yang mereka akan tempuhi semasa berjalan di tempat awam. Lebih separuh daripada orang buta di dunia adalah pengganggur kerana terhad pada pekerjaan yang dapat mereka lakukan. Mereka bergantung kepada keluarga untuk mobiliti dan sokongan kewangan. Salah satu inisiatif untuk orang buta membuat mereka merasa selamat ketika berjalan di luar tanpa pembimbing atau pembantu adalah menggunakan ‘Blind Stick Automatic’ bertujuan untuk menggurangkan kesukaran berjalan dan mengelakkan orang buta daripada kecederaan. Tongkat ini dilengkapi dengan pengesan untuk menngesan halangan dan buzzer untuk memberi isyarat kepada orang buta. Selain itu, tongkat ini juga akan memberi gegaran sekiranya ada halangan di hadapan mereka.