YS1069: S&S Tax

Madzrin SMK SANDAKAN

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.2500 | 3 Likes | 12 Views | 23 times | LS: 26.8
Like it? | Support them now!

Inovasi S&S TAX (SALES AND SERVICE TAX ) atau dikenali sebagai SST ini dihasilkan
disebabkan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Matematik Tingkatan 5 dalam mengajar
Bab 4 : Matematik Pengguna:Percukaian,di mana bab ini merupakan bab yang
mengandungi banyak subtopik yang perlu dijelaskan oleh guru kepada pelajar.Salah
satunya ialah cukai jualan dan perkhidmatan .Penjelasan yang terlalu panjang
menyebabkan guru terlalu banyak membuang masa dalam mengajar topik dalam bab 4
yang menyebabkan guru lambat untuk memasuki bab seterusnya. Dalam masa yang sama,
murid-murid akan kurang memahami dan berasa bosan dalam mempelajari topik yang
diajarkan kerana kurangnya bahan rangsangan dan hanya berharap kepada penjelasan
buku teks yang terlalu panjang.Oleh itu,inovasi S&S TAX ini diciptakan menggunakan video
pendek tentang apa itu cukai jualan dan perkhidmatan dan tidak perlu menggunakan
penjelasan yang panjang lebar.Melalui penggunaan video pendek untuk menerangkan
konsep SST dengan cara yang lebih visual dan menarik membolehkan pelajar melihat
situasi kehidupan sebenar yang melibatkan transaksi yang dikenakan SST ,serta bagaimana
proses kutipan cukai berlaku.Ini membantu pelajar untuk lebih mudah faham tentang konsep
cukai jualan dan perkhidmatan melalui visual berbanding teori yang kompleks dan murid
juga mampu melibatkan diri dalam aktiviti yang mampu meningkatkan lagi kefahaman
mereka.Inovasi ini boleh digunakan dalam sesi PDPC yang hanya perlu dimainkan dalam
kelas sekaligus memudahkan guru untuk mengajar dan menjimatkan masa guru untuk
menjelaskan topik yang dipelajari.Inovasi S&S TAX perlu diperluaskan ke setiap sekolah
menengah kerana kebolehannya dalam membantu guru dan murid untuk faham dan
menjimatkan masa dalam sesi pembelajaran.Lebih tepatnya,wujudnya S&S TAX mampu
meningkatkan keboleh dalam ajar dan belajar dalam pembelajaran abad ke-21.