KVO865: MENGHASILKAN PRODUK SOJA DELLA CUBETTO YANG BERASASKAN KACANG SOYA DALAM PEMBUATAN SABUN BADAN BAGI MENYELESAIKAN PERMASALAHAN SUNBURN DI KALANGAN PELAJAR SVM DI KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH , JOHOR

DAMIA ATRISHYIA BINTI MOHD NIZAM Kolej Vokasional (ERT) Azizah

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.3500 | 14 Likes | 40 Views | 64 times | LS: 82.9
Like it? | Support them now!

Kajian ini dapat bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengguna dalam kalangan pelajar SVM terhadap perlaksanaan projek produk Soja Della Cubetto yang berasaskan bahan organik iaitu kacang soya. Produk Soja Della Cubetto adalah sejenis cleanser yang bermutukan kacang soya yang mengandungi pelbagai manfaat dan ia juga mempunyai kebaikan kepada pengguna. Seramai 30 orang responden yang terlibat di dalam kajian ini iaitu di kalangan pelajar SVM di Kolej Vokasional (ERT) Azizah , Johor Bahru dengan pengumpulan maklumat berdasarkan kajian yang dilaksanakan . Produk Soja Della Cubetto berasaskan kacang soya mempunyai banyak khasiat antaranya ialah ekstrak soya boleh membantu meratakan tona kulit dan mencerahkan kulit. Ia mengandungi kandungan vitamin C dan antioksidan kuat yang boleh membantu dalam mengurangkan penampilan yang berhiperpigmentasi dan gelap. Selain daripada mencerahkan kulit, soya juga mampu menghilangkan parut dan melembapkan kulit. Selain itu, vitamin E boleh melawan radikal bebas dan melindungi kulit daripada kerosakan. Ia juga mempunyai sifat pelembab dan penyembuhan yang membantu untuk meningkatkan fungsi penghalang kulit daripada terkena sebarang jangkitan. Soja atau dikenali sebagai kacang soya adalah satu tumbuhan yang menghasilkan banyak manfaat seperti melembapkan kulit, mengekalkan kesihatan kulit, membantu memperbaiki penampilan penuaan kulit, mengurangkan hasil kedutan pada wajah dan menstabilkan hormon badan. Tujuan produk Soja Della Cubetto diwujudkan adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan responden tentang permasalahan kulit terbakar (sunburn) dengan menggunakan produk Soja Della Cubetto. Oleh itu, produk yang dihasilkan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar SVM di Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru.