AERYN AMANDA ADON KASU SMK TAMBUNAN
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan sebuah alat simulasi fototropisme berasaskan mikropengawal dalam meningkatkan penguasaan konsep fototropisme dalam kalangan pelajar. Latar belakang kajian menunjukkan bahawa pelajar sering menghadapi kesukaran dalam memahami proses fototropisme secara abstrak disebabkan keterbatasan masa eksperimen sebenar dan kekurangan alat bantu mengajar yang interaktif. Justeru, satu prototaip peranti berasaskan Arduino Uno, sensor LDR, dan motor servo telah direka bentuk bagi mensimulasikan tindak balas fototropik tumbuhan secara visual dan automatik. Reka bentuk kajian ini berbentuk kuasi-eksperimen melibatkan kumpulan pelajar sekolah menengah yang dipilih secara persampelan bertujuan. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik minat dan ujian kefahaman pra dan pasca intervensi. Analisis data menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam skor kefahaman dan minat pelajar selepas penggunaan alat tersebut. Alat simulasi fototropisme mampu menjadi pendekatan pedagogi yang efektif dalam pengajaran sains, serta menyumbang kepada pembangunan inovasi pendidikan berasaskan teknologi di peringkat sekolah.