KVO690: FRiD SMART LOCK

SITI ROSLIDA BINTI MUHAMMAD YUSOF KOLEJ VOKASIONAL BACHOK

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1737 | 41 Likes | 236 Views | 103 times | LS: 151.1
Like it? | Support them now!

Internet Pelbagai Perkara dan juga dikenali sebagai Internet of Things (IoT) merupakan satu pemodenan dalam Revolusi Industri 4.0. Konsep IoT perlu diterapkan dalam kehidupan seharian bagi memberi impak dalam menjalankan kehidupan yang lebih efektif. Evolusi kunci bermula dari zaman kuno hingga ke era digital. Bahkan kunci digital telah banyak digunakan mutakhir ini. Oleh itu, Projek FRiD Smart Lock yang dibangunkan ini diterapkan dengan konsep IoT dan menggunakan sistem biometrik melalui aplikasi di telefon pintar atau tablet. Hal ini untuk memudahkan pengguna mengawal kunci dengan menggunakan telefon pintar. Aspek pemodenan kunci di era digital bagi memudahkan urusan harian pengguna adalah antara aspek utama idea ini. FRiD Smart Lock menggunakan MicroController NodeMCU (Node MicroController Unit) yang berfungsi sebagai ‘otak‘ sistem dan menggunakan Arduino IDE untuk mencipta fungsi dan antara muka projek. Kami mengaplikasikan FRiD Smart Lock ke atas motosikal yang menggunakan face id di telefon pintar.