NORAAZIAN BINTI OSMAN IKBN SERI ISKNDAR
Penggunaan Scanote dalam kelas merupakan satu inovasi baharu bagi pelajar-pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI). Bagi mengurangkan jumlah bebanan pelajar di IKBNSI dalam membeli modul dalam mata Pelajaran Teknologi Maklumat maka inovasi ini dibangunkan untuk memudahkan pelajar-pelajar menggunakan e-book dan menyusun modul-modul tersebut didalam private channel telegram yang disusun dalam folder telegram masing-masing. Hasil temubual bersama pelajar-pelajar tersebut mereka mengatakan bahawa scanote yang diimbas melalui QR-Code lebih sesuai digunakan kepada mereka dan ianya dapat menjimatkan kos, fleksibel, boleh dibaca dimana-mana tanpa mengira tempat dan waktu kerana hanya menggunakan telefon bimbit sahaja dan selari dengan teknologi masa kini. Penggunaan scanote juga mengurangkan penggunaan kertas selaras dengan slogan IKBN Seri Iskandar yang menyambut baik kempen melestarikan alam sekita. Scanote direka untuk menyimpan bahan bacaan dan memberikan paparan kepada pengajar dan pelajar untuk pembacaan dalam pengajaran dan pembelajaran.