NUR ARYSSA QISTINA BINTI MOHD AZLIN SMK TUN FATIMAH HASHIM
ABSTRAK
Bumi semakin menghadapi peningkatan suhu global, kemusnahan habitat dan pencemaran daripada bahan kimia seperti pewarna sintetik, manakala industri fesyen turut dikaitkan dengan eksploitasi haiwan melalui penggunaan kulit dan rambut. Sehubungan itu, Vegan Leather diperkenalkan sebagai alternatif mampan yang dihasilkan daripada sisa pertanian atau sel biologi melalui bioteknologi. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data, analisis dan sintesis daripada laporan organisasi antarabangsa serta penerbitan saintifik untuk menilai potensi bahan ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa Vegan Leather mempunyai ciri biodegradasi dan lebih mesra alam, namun setiap jenis berbeza dari segi sifatnya. Terdapat dua kategori utama pengganti kulit, iaitu kulit tiruan sintetik dan Vegan Leather berasaskan bio, yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kesimpulannya, walaupun Vegan Leather menyokong nilai etika dan kelestarian, ia masih belum dapat menggantikan sepenuhnya kulit asli, namun berpotensi besar dalam mentransformasikan industri fesyen ke arah yang lebih mampan.