Ts. AZRI SAID KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Pelajar kolej vokasional merupakan golongan pelajar yang berpencapaian sederhana dalam bidang akademik. Bagaimanapun, mereka masih perlu melalui pembelajaran bagi kursus-kursus akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya. Justeru, guru mempunyai masalah kritikal dalam menyampaikan isi pelajaran bagi kursus Matematik Diskrit yang memerlukan daya konsentrasi, pemikiran logik serta daya kognitif yang sangat tinggi. Pelajar Teknologi Maklumat di kolej vokasional terutamanya menghadapi masalah untuk fokus, selain tidak berminat dengan matapelajaran ini di dalam bilik kuliah. Masalah ketagihan gadget serta tempoh pembelajaran yang begitu panjang di kolej vokasional adalah antara masalah-masalah yang menyumbang kepada permasalahan pembelajaran bagi kursus ini khususnya bagi topik Asas Logik. Atas dasar itulah, pembangun inovasi ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi permainan berkomputer yang bukan sahaja menyediakan nota pembelajaran yang ringkas dan padat tetapi turut menyediakan slot permainan kepada pelajar. Uniknya aplikasi ini, pelajar turut diberikan latihtubi untuk menguji tahap pemahaman pelajar. Selain itu, bagi meningkatkan tahap motivasi serta daya saing dalam permainan ini,pembangun inovasi ini turut memaparkan score leaderboard bagi pelajar-pelajar yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan betul. Ia secara tidak langsung meningkatkan persaingan bagi memastikan nama mereka tersenarai di dalam papan skor tersebut. Aplikasi ini dibangunkan sepenuhnya menggunakan perisian pengaturcaraan G-Develop dan menggunapakai Model ADDIE sebagai kaedah pembangunan. Pada fasa akhir pembangunan, pembangun aplikasi juga turut mendapatkan maklumbalas tahap kepuasan pengguna dengan mengedarkan soalan soal selidik kepada para pelajar yang telah menggunakannya. Hasilnya, majoriti atau lebih 80% pelajar berpuas hati dengan aplikasi ini kerana Berjaya meningkatkan motivasi, minat serta pencapaian mereka di dalam ujian teori dan Pentaksiran Berterusan