KVO261: PROJEK INOVASI (SET EMOTIONS PLAY)

AINA IWANI SORFINA BINTI HASBULLAH KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.2129 | 56 Likes | 263 Views | 171 times | LS: 238.9
Like it? | Support them now!

“ Set Emotion Play “ merupakan produk yang dicipta khususnya untuk pendidik di TASKA dan TADIKA yang menginginkan bahan bantu mengajar yang mempunyai pelbagai produk di dalam satu tema. Bermain sudah menjadi lumrah kanak-kanak yang sedang membesar. Alat permainan inovasi yang direka ini menerapkan konsep bermain sambil belajar yang dapat membantu kanak-kanak mengenal emosi dengan cara yang menyeronokkan. Langkah permainan yang mudah difahami akan memudahkan pendidik untuk mengajar kanak-kanak cara untuk bermain “ Set Emotion Play “ ini. Sudah menjadi lumrah kanak-kanak yang gemar bermainuntuk menghabiskan masa mereka. Oleh itu, kami mencipta set permainan ini supaya kanak-kanak dapat belajar sambil bermain. Di dalam set permainan ini terdapat flashcard emosi, traffic light emosi, face expression, dart emosi, dam emosi, kad situasi dan box emosi untuk menyimpan produk-produk ini secara tersusun. Produk ini diinspirasikan daripada permainan dam haji. Konsep produk dan permainan tersebut adalah sama namun ia mempunyai tema yang berbeza. Oleh itu, produk ini direka khas mengikut tema yang telah dipilih. Objektif produk ini direka adalah supaya kanak-kanak boleh mengenal emosi sedih, gembira, ketawa, marah, terkejut dan takut. Selain itu, murid dapat menggunakan ekspresi muka yang sesuai mengikut situasi. Antara masalah yang kami hadapi ialah daripada dart emosi. Dart emosi tersebut mempunyai bahagian-bahagian yang kecil menyebabkan ia susah untuk mendapat bahagian tepat setelah membaling bola pada dart emosi. Bagi menyelesaikam masalah tersebut, penambahbaikan boleh dilakukan dengan menghasilkan saiz dart emosi yang lebih besar dan ruang bahagian yang terdapat pada dart yang besar dan mudah melekat. Akhir kata, kombinasi daripada idea dam haji dengan produk yang kami hasilkan ini, diharapkan dapat membantu para pendidik di luar sana untuk mengajar kanak-kanak mengenal emosi mereka.