KVO907: WebWeave Apps

ZULAIHA BINTI KAMARUDIN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 31 Views | 70 times | LS: 70.0
Like it? | Support them now!

Aplikasi WebWaeve yang dibangunkan merupakan alternatif kepada aplikasi seperti Google Classroom, WhatsApp, dan Telegram dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan WebWeave bertujuan untuk menyediakan platform pembelajaran tertutup yang meminimakan gangguan internet dan meningkatkan kecekapan proses pembelajaran. Melalui platform ini, pelajar dan pensyarah boleh berinteraksi tanpa bergantung kepada aplikasi luar yang mungkin tidak sesuai untuk keperluan pendidikan. Aplikasi WebWeave yang dibangunkan menawarkan halaman utama atau menu utama yang dikenali sebagai "WebWave". Terdapat butang "NOTES" yang memudahkan akses kepada nota, "EXERCISE" yang membolehkan pensyarah menguji pemahaman pelajar, "CODING EXAMPLES" yang memberikan contoh bahasa pengaturcaraan yang telah disediakan, dan "STEP VIDEO FOR BEGINNER" yang membimbing para pelajar melalui langkah-langkah melalui video yang disediakan. Penyediaan akses mudah kepada nota, latihan, dan contoh pengaturcaraan di dalam satu platform juga dijangkakan dapat mengurangkan kesukaran dalam proses pembelajaran dan membantu mengurangkan masa yang dibazirkan untuk log masuk berulang kali atau muat turun fail dari pelbagai platform. Dengan berfokus pada keperluan dan cabaran yang dihadapi dalam pembelajaran dalam talian, aplikasi WebWeave diharapkan dapat memberikan penyelesaian yang berkesan dan meningkatkan pengalaman pembelajaran kepada pelajar.