YI834: Flexible Folks Chair (Flexi-C)

MUHAMMAD FAHMI BIN ABD RASHID FIKRI SMK HAMZAH (1), MACHANG

Inovasi Flexible Folks Chair (Flexi-C) yang dicipta digunakan untuk membantu orang tua atau orang yang mengalami masalah kesihatan seperti sakit lutut untuk berjalan. Inovasi ini fleksible dan boleh berubah bentuk iaitu daripada tongkat kepada kerusi. Bahan yang digunakan adalah bahan mesra alam dan ringan, di mana ia sesuai untuk semua golongan. Inovasi atau ciptaan masa depan ini bukan sahaja berupaya untuk memudahkan pergerakan, tetapi juga mempunyai fungsi tertentu seperti sensor automatik yang dapat mengesan halangan.