FATIN NUR DAMIA BALQIS BINTI MIRDZA IDZWAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG
Papaya Seeds Tart diinspirasikan dari buah betik dan juga biji buah betik. Kebiasaanya,buah betik digunakan dalam masakan seperti somtam, kerabu dan jeruk manakala biji buah betik pula digunakan dalam semaian bagi menghasilkan pokok betik. Selain itu, buah betik juga merupakan pencuci mulut yang terkenal di Malaysia kerana rasa yang lazat dan menyegarkan. Terdapat beberapa masyarakat yang tidak menggemari buah betik ini terutamanya golongan kanak-kanak. Namun begitu, terdapat beberapa khasiat yang ada pada buah betik beserta biji betik. Antaranya ialah dapat meningkatkan fungsi buah pinggang, melawan jangkitan virus seperti denggi, agen anti kanser, merendahkan kadar kolestrol, baik untuk tekanan darah tinggi,melindungi kulit dan lain lain khasiat yang baik untuk kesihatan. Papaya Seeds Tart sesuai dimakan dimana mana sahaja serta mengenyangkan kerana mempunyai karbohidrat daripada Tart. Papaya Seeds Tart merupakan produk inovasi yang sesuai dimakan oleh semua peringkat umur. Objektif utama inovasi Papaya Seeds Tart adalah memastikan semua masyarakat menerima keunikan rasa ini serta dapat mempelbagaikan penggunaan buah betik bersama biji betik sekali.