KVO532: LEARNING KIT FOR KIDS

NUR SYAZANI BINTI ABDUL RAZAK KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 41 times | LS: 41.0
Like it? | Support them now!

Learning Kit For Kids dibangunkan bagi membantu kanak - kanak speech delay yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Projek ini direka khas untuk mengatasi masalah kanak - kanak yang ketagih menggunakan telefon pintar secara berlebihan. Projek ini lebih tertumpu kepada perkembangan psikomotor dan kognitif kerana kanak - kanak mudah terdedah kepada peranti elektronik yang memaparkan visual tanpa suara dan paparan animasi yang sekadar untuk membuat lawak jenaka serta menjadi punca utama kemerosotan perkembangan komunikasi psikomotor kanak - kanak. Matlamat bagi projek ini adalah mencipta peranti elektronik yang berupa alat bantu mengajar yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan mengembangkan keupayaan psikomotor kanak - kanak . Kaedah model ADDIE digunakan dalam penghasilan projek ini bagi menerapkan beberapa elemen multimedia. Kaedah kajian direkod secara kualitatif untuk mendapatkan maklum balas pengguna.Sebagai kesimpulan, projek ini dibangunkan adalah untuk meningkatkan perkembangan psikomotor kanak-kanak serta mengurangkan masalah speech delay kepada kanak-kanak.