DANIAL IRFAN BIN ZAKARIA KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR
Sistem E-Nilam telah dibangunkan sebagai inisiatif untuk meningkatkan pengurusan perpustakaan di Kolej Vokasional Kuala Selangor. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan proses peminjaman buku, menguruskan statistik pelajar, dan merangsang minat membaca di kalangan pelajar. Objektif projek ini adalah pertama, untuk membangun sebuah sistem yang memfasilitasi perpustakawan dalam mendapatkan maklumat berkaitan buku, pelajar, dan peminjaman. Kedua, untuk menyediakan sistem yang membolehkan perpustakawan memantau statistik pembacaan buku di kalangan pelajar. Ketiga, untuk membina platform yang membolehkan pelajar mencari dan mengetahui jenis buku yang tersedia di perpustakaan. Keempat, untuk memudahkan proses peminjaman buku kepada pelajar. Kelima, untuk mencipta sistem yang mendorong pelajar untuk aktif membaca buku. Melalui pencapaian objektif ini, diharapkan sistem E-Nilam dapat meningkatkan efisiensi pengurusan perpustakaan serta memperkukuhkan budaya membaca di kalangan pelajar Kolej Vokasional Kuala Selangor.