MUHAMMAD NAUFAL RIFQI BIN MOHD ZAMRI SK BENDAHARA SERI MAHARAJA
Secara umumnya, Projek “Grammar Wheel of Fortune” ini terbahagi kepada 3 aspek bahagian ‘Grammar’ iaitu “Pronouns”, “Verb” dan “Action Verb”. Konsep “Grammar Wheel of Fortune” terbahagi kepada : - Wheel 1 (Personel Pronouns)- Wheel 1 merujuk kepada roda pertama dalam “Grammar Wheel of Fortune”. Di dalam Wheel 1, terdapat 8 bahagian Pronouns yang terdiri daripada 8 jenis Personel Pronouns yang dipelajari murid iaitu I, He, She, We, They, It, You dan Everyone. Wheel 2 (Verb) - Wheel 2 merujuk kepada roda kedua dalam “Grammar Wheel of Fortune”. Di dalam Wheel 2, terdapat 8 bahagian Verb yang terdiri daripada 8 jenis Verb to be & verb to have yang dipelajari murid iaitu am, is, are, was, were, has, have dan had. Wheel 3 (Actions Verb) - Wheel 3 merujuk kepada roda tiga dalam “Grammar Wheel of Fortune”. Di dalam Wheel 3, terdapat 8 bahagian Action Verb yang terdiri daripada 8 jenis Action Verb yang dipelajari murid iaitu seperti eating, eaten, flying, flown, giving, given, keeping dan kept. Objektif utama Projek “Grammar Wheel of Fortune”. ini adalah murid dapat :- 1. Menguasai penggunaan Grammar yang betul, 2. Menggunakan Pronouns, verb dan action verb dengan betul, 3. Mampu menulis ayat Bahasa Inggeris dengan betul dan 4. meningkatkan penguasaan Grammar dan Vocabulary murid.