MUHAMMAD IZZAT ADIB KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
Tenaga kinetik ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang bergerak. Perubahan tenaga ini bergantung kepada jisim dan halaju dimana semakin tinggi halaju objek, semakin tinggi tenaga kinetik yang dihasilkan. Sistem penukar tenaga elektrik menggunakan kipas siling merupakan inovasi yang diilhamkan untuk memanfaatkan tenaga kinetik yang sedia ada di rumah kediaman atau bangunan komersial. Dengan mengaplikasikan konsep renewable energy dan konsep dinamo projek ini menggunakan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh kipas siling sebagai tenaga simpanan dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Tenaga ini disimpan di dalam bateri dan boleh digunakan semula. Projek ini diyakini berkesan dan mampu menjadi alternatif tenaga yang dapat menjana elektrik.