KVO401: SMART CALLER LECTURER

MUHAMMAD SHAKIR NAZIM BIN SHUKOR KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0556 | 6 Likes | 108 Views | 153 times | LS: 159.3
Like it? | Support them now!

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membina sebuah sistem smart caller lecturer berasaskan internet pelbagai benda (IoT) untuk kegunaan pelajar di Kolej Vokasional selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Sebuah sistem telah berjaya dibina dan berfungsi untuk memanggil pensyarah dengan menggunakan sistem mikropengawal Arduino, Keypad,LCD Display, PIR Sensor dan internet of things (IoT). Sistem ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian pertama yang terdiri daripada komponen LCD display button keypad. Manakala, bahagian kedua terdiri daripada komponen buzzer, LED dan butang reset. Sistem ini akan berfungsi apabila pelajar menekan Button Keypad mengikut nama pensyarah yang terpapar pada LCD display di bahagian pertama lalu buzzer akan berbunyi,LED akan menyala pada nama pensyarah yang berkenaan dan PIR sensor akan dikesan dengan kehadiran pelajar sekaligus menghantar notifikasi kepada telegram bot yang telah disambung dengan telefon pintar pensyarah pada bahagian kedua. Ini menandakan ada pelajar hendak bertemu dengan pensyarah tersebut. Kedudukan bahagian pertama akan berada diluar bilik pensyarah dan digunakan oleh pelajar, manakala bahagian kedua berada didalam bilik penyarah dan akan digunakan oleh pensyarah. Metodologi dalam projek ini adalah berkonsepkan PDCA (plan,do,check,act) yang terdiri daripada proses sebelum, semasa dan selepas projek dibangunkan. Oleh itu, sistem smart caller lecturer mampu mengaplikasi kegunaan internet pelbagai benda secara meluas dalam kalangan pelajar dan pensyarah di Kolej Vokasional Tanjung Puteri.