Nur Aina Natasha Binti Latif Kolej Vokasional Slim River
Penghasilan penapis pasir mudah alih adalah untuk membantu pelajar menapis pasir dengan cepat dan selamat. Antara masalah yang sering terjadi adalah pelajar mengambil masa yang lama untuk kerja menapis pasir. Penapis pasir mudah alih dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti kayu, C Channel, jaring dawai dan besi tetulang R6. Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan projek ini adalah dengan menggunakan kaedah pengimpalan dengan alat kimpalan untuk menghubungkan dua besi di antara kedua bahagian supaya bersambung. Projek ini dihasilkan untuk mempercepatkan proses kerja menapis pasir, tahap kebersihan di bengkel juga dapat dipertingkatkan dan dapat mengelakkan pembaziran pasir.