JI83: KIT KATA BM

KARTIGESWARAN A/L THAVAMUNESWARAN SJKC JERIK

KIT KATA BM ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan Kit Kata BM dalam subjek Bahasa Melayu. Tinjauan awal guru mendapati murid kurang menguasai ejaan. Kesannya, hanya 20% daripada jumlah murid Tahap 1 yang boleh mengeja perkataan. Seramai 4 orang murid Tahap 1 telah dijadikan sampel kajian dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jerik, Pahang sebagai tinjauan masalah. Instrumen yang digunakan adalah pemerhatian dan Kit Kata BM. Melalui kajian ini, kit ini amat membantu murid mengenali huruf, suku kata kata, perkataan. Hasil dapatan kajian, murid-murid boleh menyusun ejaan dengan betul. Kajian ini diharap dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan ejaan dalam BM. Kaedah ini juga dicadangkan untuk diuji kepada murid-murid di kelas yang lain. Kata kunci: kajian,ejaan,perkataan,Bahasa Melayu,membantu