KVO727: SABUN "RAYDA" MEREDAKAN DEMAM DARI CAMPURAN DAUN BUNGA RAYA DAN DAUN DURIAN BELANDA

MUHAMMAD SYUWARI BIN MOHD SABRI KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0968 | 9 Likes | 93 Views | 155 times | LS: 164.9
Like it? | Support them now!

Sabun "RAYDA" dapat meredakan demam dari campuran daun bunga raya dan daun durian belanda' merupakan satu idea tradisional yang diolah supaya dapat digunakan semasa kecemasan. Seiring dengan khasiat daun bunga raya yang mengandungi salah satu ciri farmakologi, iaitu bahan bio-aktif B-sitosterol yang dapat mengubati demam serta mengandungi kandungan lendir yang tinggi dapat meningkatkan pengekalan kandungan kelembapan pada kulit kepala. Manakala, daun durian belanda pula mengandungi pelbagai komponen antioksidan termasuk phytosterol, tannin dan flavonoid mempunyai potensi yang tinggi untuk melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit. Aroma sabun ini diserikan lagi dengan tambahan air daun pandan yang mempunyai aroma wangi khas. Tuntasnya, campuran daun bunga raya serta daun durian belanda diolah menjadi sabun dalam bentuk yang kecil supaya senang di bawa dan di simpan untuk digunakan semasa kecemasan tatkala anak demam.