KVO958: EBook Library STM

MUHAMMAD FARID RIZMI BIN MOHAMMAD RIZAM KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 21 Views | 65 times | LS: 65.0
Like it? | Support them now!

Aplikasi eBookSTM adalah platform yang menyediakan akses mudah kepada pelbagai sumber bahan bacaan digital bagi pelajar Teknologi Maklumat. Ketiadaan satu platform rujukan yang menyediakan akses mudah kepada koleksi eBook bagi pelajar Sijil Teknologi Maklumat (STM) dalam satu platform menyebabkan satu inisiatif diambil dengan membangunkan aplikasi ini. Selain daripada itu, sebahagian besar pelajar di Kolej Komuniti Pasir Gudang malas untuk pergi ke perpustakaan Kolej untuk mencari buku yang mereka perlukan untuk pembelajaran. Ini menyebabkan kekurangan kesedaran bahawa terdapat sumber bacaan digital yang tersedia dengan hanya menggunakan peranti mereka. Sebagai penyelesaian kepada masalah ini, kami memperkenalkan aplikasi eBookSTM yang telah direka khas bagi pelajar yang mengambil bidang Teknologi Maklumat untuk mencari maklumat dengan lebih mudah. Aplikasi ini membolehkan pelajar mencari bahan bacaan secara dalam talian tanpa perlu ke perpustakaan. dan pelajar dapat menjelajah koleksi eBook yang luas mengenai pelbagai topik seperti pengaturcaraan, rangkaian komputer, pangkalan data, dan lain-lain. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mengakses sumber bahan bacaan digital dari mana-mana sahaja dengan menggunakan peranti mudah alih, membolehkan pembelajaran fleksibel dan sesuai dengan jadual yang sibuk. Dengan akses kepada bahan bacaan digital berkualiti, eBookSTM memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar secara efektif. Dengan adanya aplikasi eBookSTM, pelajar dapat meningkatkan prestasi pembelajaran mereka dan menjadikannya sumber rujukan yang penting dalam pengembaraan mereka dalam dunia pembelajaran.