PRO192: SPIDERWEB COLORED CHART

RATNA SARI DEWI BINTI ROBAT SMK DATO HAMZAH, PELABUHAN KLANG

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.2030 | 27 Likes | 133 Views | 80 times | LS: 112.5
Like it? | Support them now!

Carta Model Mnemonik Karangan 2 dalam 1 (Spiderweb Colored Chart) merupakan carta mudah alih yang menggunakan kaedah Mnemonik dengan penggunaan warna dalam suai padan teknik penulisan karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM. Inovasi pendidikan Spiderweb Colored Chart ini direka khas untuk membantu murid dalam menulis karangan berbentuk pasang siap ataupun 'directed writing' kerana murid menghadapi kesukaran untuk menulis karangan berstruktur. Carta Model Mnemonik Karangan 2 dalam 1 ini bersifat fleksibel dan boleh digunakan oleh murid pelbagai aras dalam pembelajaran terbeza. Dapatan penggunaan Carta Model Mnemonik 2 dalam 1 ini menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam Pentaksiran Akhir Tahun dalam kedua-dua mata pelajaran. Kebolehgunaan Spiderweb Colored Chart ini boleh digunakan oleh murid sekolah rendah dan sekolah menengah serta dapat membantu murid untuk menulis dengan yakin dan berstruktur.