KVO48: KOMIK AIni

NURAINI BINTI SHABUDIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 10 times | LS: 10.0
Like it? | Support them now!

Inovasi ini mengintegrasikan komik digital dan teknologi AI untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap proses transformasi dan struktur ayat dalam Bahasa Melayu, khususnya bagi menyelesaikan masalah pembelajaran ayat aktif dan pasif. Komik digital interaktif digunakan untuk memberi visualisasi tentang proses transformasi ayat, manakala aplikasi AI digunakan bagi menjana situasi bagi membolehkan pembelajaran yang lebih berkesan. Objektif utama "AIni" adalah untuk meningkatkan pemahaman murid melalui pendekatan visual dan interaktif, menggunakan AI dan menambahkan elemen komik untuk menarik minat murid. Pendekatan ini menyokong kemahiran abad ke-21 dengan menggalakkan kemahiran berfikir kritis, penggunaan teknologi, serta kolaborasi dan komunikasi antara murid. Melalui aplikasi ini, murid dapat berinteraksi dengan komik yang menjelaskan penggunaan ayat aktif dan pasif dalam situasi harian, sementara AI menjadi medium penjanaan situasi yang membantu pemahaman murid. Inovasi ini bukan sahaja kreatif tetapi juga responsif, menggabungkan naratif komik dengan analisis AI untuk pembelajaran yang lebih mendalam. "AIni" boleh disesuaikan dan diterapkan secara meluas di pelbagai institusi pendidikan, sama ada kerajaan atau swasta, dengan akses mudah melalui peranti digital. Kos jangka panjang adalah rendah kerana bahan ini boleh digunakan berulang kali tanpa kos cetakan. Dengan pendekatan ini, murid dapat memahami konsep ayat dengan lebih cepat dan mengekalkan motivasi murid.

 

Kata Kunci: Komik interaktif, AI, pembelajaran digital, ayat aktif, ayat pasif.