JI817: SACOS (SMART AEDES CONTROL SYSTEM)

NUR ZAHRAH AMIRAH BINTI ABDUL LATIFF SK TIMBUA RANAU

I3DC24 | Junior Innovator (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 26 Views | 157 times | LS: 157.0
Like it? | Support them now!

SACOS (SMART AEDES CONTROL SYSTEM) merujuk kepada Sistem Kawalan Aedes Bijak, iaitu satu inovasi untuk mengawal pembiakan nyamuk Aedes. Penyataan masalah untuk SACOS adalah peningkatan kes demam denggi di Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2023) dan pembiakan nyamuk Aedes yang tidak terkawal. Berdasarkan pernyataan masalah ini, objektif SACOS adalah untuk mengawal pembiakan nyamuk dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang demam denggi. Metodologi yang digunakan adalah Kaedah Soal Selidik dan Kaedah Temu Bual. SACOS juga dibina berdasarkan Model ADDIE, yang terdiri daripada lima (5) peringkat. Data analisis menunjukkan keberkesanan SACOS dari segi kefungsian, mudah digunakan, kos rendah, kelestarian alam dan keberkesanan. Dalam perbincangan, SACOS mempunyai 8 faedah dan sumbangan kepada masyarakat. Sebagai kesimpulan, SACOS dapat mengawal pembiakan nyamuk Aedes dan meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang demam denggi.