KVO250: PES BELIMBING BULUH

MOHAMAD ALIFF HAIQAL BIN KAMARUDIN KOLEJ VOKASIONAL BESUT

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0952 | 2 Likes | 21 Views | 38 times | LS: 40.2
Like it? | Support them now!

Buah belimbing buluh ialah buah yang berbentuk silinder dan boleh ditemui dalam dua warna iaitu hijau dan kuning. Belimbing buluh ialah buah yang mudah rosak serta mempunyai rasa yang sangat masam kerana kandungan asid sitrik yang tinggi di dalamnya. Buah ini cepat jatuh ke tanah dan rosak sebegitu sahaja. Keadaan Ini jelas menunjukkan berlaku pembaziran sumber jika buah tersebut tidak digunakan. Belimbing buluh hanya digunakan sebagai salah satu bahan masakan yang berfungsi untuk memberikan rasa masam ke dalam hidangan, contohnya seperti sambal hitam. Rasa masam pada sambal hitam terhasil daripada buah belimbing buluh tersendiri. Ini jelas menunjukkan bahawa rasa masam belimbing buluh boleh mempengaruhi sesuatu hidangan walaupun disimpan dalam tempoh yang lama selepas diproses seperti sambal hitam. Namun demikian, hanya buah belimbing buluh yang segar sahaja digunakan dalam masakan sedangkan buah belimbing buluh merupakan buah yang cepat rosak. Penghasilan produk yang membolehkan belimbing buluh disimpan dalam tempoh yang lebih lama dan berfungsi dari segi rasa seperti buah belimbing buluh yang segar akan membolehkan buah belimbing buluh berpotensi untuk digunakan dalam pelbagai jenis kaedah masakan.