MUHAMMAD IDLAN NUJID BIN PAIDI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KENARI
BioAR Smart Learning Card: Integrasi Augmented Reality dalam Memperkasa Visualisasi dan Kefahaman Konsep Biologi.
Pembelajaran Biologi sering melibatkan konsep abstrak seperti struktur sel dan sistem tubuh manusia yang sukar divisualisasikan oleh pelajar. Kajian ini bertujuan membangunkan satu inovasi berbentuk kad pembelajaran berasaskan teknologi Augmented Reality (AR) yang dikenali sebagai BioAR Smart Learning Card. Kad ini boleh diimbas menggunakan peranti mudah alih untuk memaparkan model 3D, animasi dan penerangan interaktif. Keberkesanan inovasi dinilai melalui ujian pra dan pasca serta soal selidik. Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam kefahaman dan menarik minat pelajar. Inovasi ini menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan selari dengan pendidikan abad ke-21.