KVO1224: Simple Shoes Dryer

Muhammad Aizad Fikri Bin Azmi Kolej Vokasional Slim River

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 47 Views | 119 times | LS: 119.0
Like it? | Support them now!

Pengeringan kasut di asrama dilakukan dibawah sinar matahari. Namun, pelajar asrama sering mengalami masalah mengeringkan kasut semasa musim hujan. Proses pengeringan di bawah sinaran matahari juga mengambil masa yang panjang. Maka, projek ini bertujuan membangunkan Simple Shoes Dryer iaitu alat mengeringkan kasut dengan mudah dan pantas. Dapatan ujian kefungsian projek ini menunjukkan masa penjimatan pengeringan kasut kasut kain, kasut keselamatan dan kasut kulit masing-masing ialah 90, 180 dan 60 minit. Oleh itu, alat ini berjaya menjimatkan masa pengeringan berbanding dengan kaedah sinaran matahari. Implikasinya, projek ini dapat membantu pelajar mengeringkan kasut dengan pantas dan boleh digunakan ketika musim hujan.