MASTURAH BINTI MD ALI KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN
Convenient workstation merupakan gabungan beberapa peralatan seperti papan landas, penimbang bahan, penyagat dan pengasah pisau. Ini membolehkan pelajar untuk menggunakan alat-alat tersebut pada satu masa yang sama tanpa perlu membazir masa yang terlalu lama untuk mencari alat tersebut di tempat simpanan. Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan data maklumat dan statistik untuk penghasilan projek ini ialah kaedah kajian kuantitaif. Penghasilan convenient workstation juga berfungsi untuk menjimatkan ruang simpanan di dalam stor peralatan dan juga menjamin kebersihan peralatan terjaga oleh kerana convenient workstation mudah untuk dibersihkan dan dijaga.