KVO1186: PENGHASILAN PRODUK INOVASI TUMBUNG NIBBLES

MUHAMMAD AFIQ IMAN BIN ASNAHPON Kolej Vokasional Muar

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0577 | 3 Likes | 52 Views | 140 times | LS: 143.2
Like it? | Support them now!

Biskut adalah produk yang paling popular digunakan seluruh dunia. Antara sebab biskut mempunyai populariti yang begitu luas adalah kerana produk sedia ada untuk dimakan, manakala kos yang berpatutan, mempunyai nutrisi yang baik dan ketersediaan dalam perisa yang berbeza dan mempunyai jangka hayat yang panjang. Malaysia juga memiliki biskut buatan tanah air kita sendiri. Walau bagaimanapun, kebanyakan biskut tidak mempunyai banyak khasiat yang terkandung didalam biskut itu sendiri. Dalam projek inovasi ini, pengkaji ingin membuat biskut yang diperbuat daripada tumbung kelapa. Ini disebabkan, terdapat banyak pembuangan sisa tumbung kelapa yang berada di Malaysia dan juga ingin cuba menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan tumbung kelapa kerana masyarakat di Malaysia melihat tumbung kelapa tiada nilai tambah bagi masyarakat. Selain itu, pengkaji juga ingin membuka mata pada masyarakat di Malaysia dimana terdapat banyak khasiat dan nutrisi yang ada pada tumbung kelapa dan juga boleh menjana pendapatan bagi masyarakat setempat.